Khamis, 16 Februari 2017

Hidup Jadi Gemuk Selama 20 Tahun Sangat Tak Indah – Turun Lebih 50kg, Kisah Motivasi Nekad Kurus

Tiada ulasan :
ohbulantipskurus
Sebelum ini kami pernah kongsikan kisah bagaimana seorang lelaki yang nekad menurunkan berat badan selepas dikecewakan. Hasilnya beliau mampu menurunkan berat badan sebanyak 30kg dalam masa 3 bulan.
Kali ini kami kongsikan pula kisah lain seorang lelaki, MhmdFaez yang turun lebih 50kg selepas lebih 20 tahun hidup berbadan besar. Harap boleh dijadikan motivati untuk korang semua.

Tak mahu tipu diri sendiri

Screen Shot 2017-02-10 at 11.52.51 AM
Kalau orang muak dengan cerita aku, aku tak kisah. Memang hak dia untuk tak suka dengan apa yang dia tak suka. Bukan kerja aku untuk paksa.
Cuma, aku sentiasa terbuka kalau ada yang nak bertanya macam mana aku mula diet, macam mana aku kuatkan mental aku selama aku diet, apa penguat aku. Macam mana nak mula diet, aku sentiasa terbuka untuk bercerita dan kongsi. Memang niat aku dulu. ” Kalau lah suatu hari nanti aku berjaya kurus, aku nak share kisah aku dengan orang ”
Hidup jadi gemok selama 20 tahun sangat tak seindah macam kita cuba menafikan kebenaran dengan ayat ” Gemok is awesome ”
Tidak, indeed kita cuba tipu diri sendiri.

Dah buktikan

Screen Shot 2017-02-10 at 11.43.51 AM
Entah. Yang sekarang aku tak percaya aku mampu setabah ini. Yang jujurnya, dulu aku percaya yang aku boleh kurus.
Dari berat 132kg ke 80kg iaitu sekarang sangat tidak mudah. Kalau orang kutuk, aku tak kisah. Aku dah buktikan yang aku pernah jadi sekuat dan setabah yang kau tak pernah lalui.
Panjang lagi cerita aku, nantilah aku cerita. Aku tahu takde yang kisah dan takde siapa pun akan baca. Yang pastinya, aku puas menulis.

Terima kasih selalu ada

Screen Shot 2017-02-10 at 12.00.29 PM
Jika kisah sebelum ini nekad kurus kerana patah hati, lelaki ini pula berterima kasih kepada wanita yang setia disamping dirinya. Dari zaman berbadan besar sampai lah dah kurus ini.
Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Lelaki ini dah buktikan, korang bila lagi? Hehe
Sumber : MhmdFaez, OhBulan!

Tiada ulasan :

Catat Ulasan