Berita Terkini

Khamis, 16 Februari 2017

Hidup Jadi Gemuk Selama 20 Tahun Sangat Tak Indah – Turun Lebih 50kg, Kisah Motivasi Nekad Kurus

1 ulasan :
ohbulantipskurus
Sebelum ini kami pernah kongsikan kisah bagaimana seorang lelaki yang nekad menurunkan berat badan selepas dikecewakan. Hasilnya beliau mampu menurunkan berat badan sebanyak 30kg dalam masa 3 bulan.
Kali ini kami kongsikan pula kisah lain seorang lelaki, MhmdFaez yang turun lebih 50kg selepas lebih 20 tahun hidup berbadan besar. Harap boleh dijadikan motivati untuk korang semua.

Tak mahu tipu diri sendiri

Screen Shot 2017-02-10 at 11.52.51 AM
Kalau orang muak dengan cerita aku, aku tak kisah. Memang hak dia untuk tak suka dengan apa yang dia tak suka. Bukan kerja aku untuk paksa.
Cuma, aku sentiasa terbuka kalau ada yang nak bertanya macam mana aku mula diet, macam mana aku kuatkan mental aku selama aku diet, apa penguat aku. Macam mana nak mula diet, aku sentiasa terbuka untuk bercerita dan kongsi. Memang niat aku dulu. ” Kalau lah suatu hari nanti aku berjaya kurus, aku nak share kisah aku dengan orang ”
Hidup jadi gemok selama 20 tahun sangat tak seindah macam kita cuba menafikan kebenaran dengan ayat ” Gemok is awesome ”
Tidak, indeed kita cuba tipu diri sendiri.

Dah buktikan

Screen Shot 2017-02-10 at 11.43.51 AM
Entah. Yang sekarang aku tak percaya aku mampu setabah ini. Yang jujurnya, dulu aku percaya yang aku boleh kurus.
Dari berat 132kg ke 80kg iaitu sekarang sangat tidak mudah. Kalau orang kutuk, aku tak kisah. Aku dah buktikan yang aku pernah jadi sekuat dan setabah yang kau tak pernah lalui.
Panjang lagi cerita aku, nantilah aku cerita. Aku tahu takde yang kisah dan takde siapa pun akan baca. Yang pastinya, aku puas menulis.

Terima kasih selalu ada

Screen Shot 2017-02-10 at 12.00.29 PM
Jika kisah sebelum ini nekad kurus kerana patah hati, lelaki ini pula berterima kasih kepada wanita yang setia disamping dirinya. Dari zaman berbadan besar sampai lah dah kurus ini.
Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Lelaki ini dah buktikan, korang bila lagi? Hehe
Sumber : MhmdFaez, OhBulan!

Jumaat, 10 Februari 2017

Siapa sebenarnya Selva Kumar?

Tiada ulasan :
S Selva Kumar
Bekas perogol bersiri rakyat Malaysia, S Selva Kumar.
NEGARA dikejutkan dengan berita pembebasan seorang bekas perogol bersiri rakyat Malaysia, S.Selva Kumar selepas menjalani hukuman penjara 24 tahun di Kanada atas kesalahan rogol dan melakukan serangan seksual terhadap hampir 1,000 wanita dan kanak-kanak.

Namun ramai masih tertanya siapakah lelaki misteri itu yang disabit dengan jenayah yang ganas itu.

Berikut merupakan beberapa fakta yang dilaporkan media tempatan dan asing tentang lelaki ini yang menjadi bualan rakyat Malaysia beberapa hari ini:

1. Beberapa portal berita sebelum ini melaporkan lelaki yang berasal dari Perak itu dijangka menetap di Pulau Pinang kerana mempunyai anggota keluarga yang tinggal di negeri itu.

2. Selva Kumar didakwa datang daripada keluarga yang berpendidikan tinggi  dan mendiang bapanya adalah seorang pegawai kanan kerajaan.

3. Dia merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik, yang mempunyai dua abang dan seorang adik perempuan.

4. Selva Kumar pergi ke Kanada sebagai pelajar pada tahun 1980.

5. Selva Kumar didapati bersalah pada tahun 1992 di Mahkamah Ontario pada 19 tuduhan serangan seksual, 28 pertuduhan kerana memberi dadah pada mangsanya, 10 tuduhan pelbagai jenis serangan dan 12 pertuduhan lain yang termasuk peras ugut.

6. Polis Toronto mendakwa bahawa Selva melakukan serangan seksual kepada kira-kira 1,000  wanita di seluruh Kanada pada akhir 1980-an sebelum dipenjarakan selama 24 tahun.

7. Memetik laporan media asing, pihak berkuasa di penjara mendakwa Selva Kumar tidak menyesal dan mungkin akan mengulangi perbuatan jenayahnya iaitu rogol dan cabul. Bagaimanapun, keluarga dan rakan rapat Selva memaklumkan perogol bersiri itu telah bertaubat dan telah berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya.

8. Dalam pada itu, Selva Kumar tidak berjaya untuk cuba menyekat akhbar Kanada, Toronto Star untuk tidak mendedahkan gambarnya dengan alasan bahawa ia akan membahayakan baginya.

9. Salah seorang mangsa rogol Selva yang dikenali Susan Chapella yang dirogol pada tahun 1991 ketika usia 26 tahun tidak akan memaafkan pesalah terbabit.

10. Selva Kumar pernah merogol seorang gadis berusia 13 tahun.

11. Mengulas tentang modus operandi jenayahnya, Selva Kumar menggunakan menyamar sebagai ejen pemodelan, pengeluar filem dan penari profesional untuk mengumpan wanita.

Sumber - Sinar Harian

Sabtu, 4 Februari 2017

Kerana Kemuliaan Uncle Kuan, Episod Pertama Meja Bulat Sepahtu Buat Penonton Sebak

Tiada ulasan :
kuan1
Rancangan ‘Meja Bulat Sepahtu’ merupakan rancangan ‘talk show’ terbaru yang diterajui oleh kumpulan Sepahtu di Astro. Semalam merupakan episod pertama ‘Meja Bulat Sepahtu’ dimana menampilkan Mira Filzah dan Fasha Sandha sebagai tetamu jemputan,
Namun yang menarik perhatian ramai netizen apabila Kuan Chee Heng bersama anak angkatnya menjadi tetamu jemputan Meja Bulat Sepahtu. Siapa yang tengok semalam mesti tahu apa topik yang dibincangkan. Memang sebak..

Terpaksa bergantung sedekah bila ayah tiada

MANJA tidak memileh untuk tidak berayah.
Manja amat di sayangi ayah nya dan setiap hari ayah nya memberi 40 sen untuk Manja berbelanja. Ayah nya bekerja sebagai seorang pemandu teksi. Satu malam, ayah nya gagal pulang ke rumah. Selepas 3 hari mayat nya di jumpai terapung di dalam sebuah lombong yang terbiar di Puchong dan di percayai di bunuh semasa di samun. BERMULA SAAT ITU, hidup keluarga Manja terkapai kapai. Wajah Manja juga mula murung dan kerinduan ayah. Emak beliau terpaksa bergantung kepada sedekah dan kawan kawan untuk kehidupan.
Masa itu sungguh sedih kerana makan pun tak tentu arah. Tetapi kami semua telah masuk campur dan beri kan bantuan mengikut kemampuan masing masing. Di situlah lahir satu relationship yang baik dan kami amat gembira dapat menjinakkan gelombang miskin besar yang melanda keluarga nya. Manja tidak pileh untuk tidak berayah. Satu hari beliau telah nekad dan tanya saya boleh kah beliau memanggil saya ayah.

Manja tidak memilih untuk tidak berayah

kuan
Saya terus hiba dan terus sayu. Dan apabila SEPAHTU bawa masuk Manja, perasaan sedih telah menyelubungi jiwa saya. Apakah masa depan Manja? Beliau hanya 9 tahun. Emak nya sakit. How are we going to lead her to the front? How are we going to ensure she become sucessful and walk tall? Sekarang ia menjadi satu responsibiliti untuk kita semua.
Kamu nampak hanya satu mangsa jenayah dan Manja TIDAK MEMILEH UNTUK TIDAK BERAYAH. Tetapi circumstances of crime buat dia tak ada ayah sehingga dia memileh saya menjadi ayah nya. RAMAI LAGI MANGSA JENAYAH LAIN TIADA BERIBU DAN BERAYAH. Kita sebagai warganegara Malaysia , satu famili besar, kita harus hulurkan bantuan kepada mana mana orang yang perlu bantuan. TANPA KIRA AGAMA, TANPA KIRA KAUM DAN POLITIK.

Video Meja Bulat Sepahtu



Sumber : Kuan Chee Heng , OhBulan!

Rabu, 25 Januari 2017

Adegan rogol disiar secara langsung di Facebook

Tiada ulasan :
Adegan rogol disiar secara langsung di Facebook
Gambar hiasan - AFP
STOCKHOLM - SWEDEN. Tiga lelaki ditahan di Sweden disyaki merogol seorang wanita dan menyiarkan secara langsung melalui Facebook Live.

Insiden menggemparkan negara itu dilaporkan berlaku di Uppsala, kira-kira setengah jam dari utara ibu negara, Stockholm.

"Adegan rogol berkenaan disiarkan secara langsung dalam satu kumpulan Facebook," kata polis dalam satu kenyataan.

Beberapa penonton yang menyaksikan video berkenaan telah membuat laporan kepada polis.

Polis menyerbu apartmen di bandar berkenaan dan menahan tiga lelaki yang lahir di antara tahun 1992 dan 1998 dan turut menemui seorang wanita berusia 31 tahun.

Media tempatan melaporkan, video berkenaan telah dibuang dari Facebook dan polis merayu sesiapa yang mempunyai salinan video berkenaan tampil menyerahkannya kepada polis.

Facebook Live membolehkan sesiapa sahaja menyiarkan video secara langsung dari telefon pintar mereka.

Sumber - Sinar Harian

Selasa, 24 Januari 2017

Lebih 14k Perkongsian Di Facebook, Lihat Bagaimana Pasangan Ini Berjaya Transfom Rumah ‘Neraka’ Menjadi Mewah. Cantiknya!

Tiada ulasan :
rumahku
Memiliki rumah idaman yang cantik dan kemas bukanlah sesuatu yang mustahil. Tidak kira sama ada rumah anda kecil atau besar tapi jika mendapat sentuhan dekorasi pasti rumah anda setanding rumah mewah yang lain. Yang penting usaha dan kreatif!
Lebih 14k perkongsian di Facebook, pasangan ini berjaya transform rumah biasa menjadi mewah. Wahh cantik!

Rumah macam ‘neraka’

1222
Alhamdullillah, harinih genab setahun 6 bulan duduk rumah yg asal nya home sour home ?. Husband beli rumah nih atas tangan je, beli betul2 masa lpas kiteorng tunang, nk beli rumah baru mcam x bape nk mampu. So cari punye cari, alhamdullillah jmpe.. Maybe rezki nak kawin mse tuh. Tp dalam rumah die masyaaa Allah.. First time tgok dlm hati ckap, “ni rumah ke neraka”. Kate jiran2 area sni yg pecah masuk rumah nih jiran sblah rumah kiteorng.
Dia boleh pulak menukang buat perabot kt rumah nih tnpe pegthuan tuan rumah.. Rumah nih owner x pernah duduk, so mmg kosong gila.. Fikir punya fikir amek jela.. sbap klau ikut maket prce mse kteorng beli jimat 60-70k. Tp mmg azablh nk bersihkan rumah nih.. Mujur mak ayah aku byak tolong bersihkan. Klau dyorng x tlong mmg aku rse smpi skrng x siap lgi umah nih.. hahahahahahaha..
Kiteorng nk kawin mmg struggle gile, dgn nak kwin yer dgn nk beli rumahnye, nk byar depo rumah lgi, beli brg rumah pon mse tuh yg wajib je, mcm peti ais, mesin basuh, tv. Mujurlah suami nih ade set blik tido mse bujang.. then mak aku bg dapur gas dy yg x pakai tuh.. so kiteorng pakai ape yg ade jela.. Kiteorng pindah pon mse tuh lampu atas je ade, lain xde lgi.. senang cita mmg mcm romantik je umah mse tuh..(padahal rase mcm berhantu pon ade juga.. hahahaha)

Beli rumah atas orang

12222
Lepas pindah je, aku mmg berazam cube nk ubah rumah yg asalyer home sour home nih jd home sweet home (walaupon aku nih bukanlah ade bakat nk deko rumah ?). Aku xnk brg mewah2, xnak penoh2 brg dlm rumah.. sekadar beli brg yg perlu sahaja.. Erti kata lain minimalist gittchhewwwww.. Tp seriussly bukan senang nk completekan brg dlm umah.. smpi skrng pon x complete lgi (bahagian dapur) Nak rumah acah2 sweet haruslah aku bekerja kerass okessss.. Disitulah bermula aku pasang niat buat kerja online, buat makeup & buat jelah ape2 yg boleh mendatangkan hasil..
Syukur Alhamdullillah, rumah yg sour nih dy beransur bertuka jdi acah2 sweet.. Hah nih nak habak, penah gak kene kecam, psl org ckp “alah nih nak amek gmba je kemas, hakikatyer bersepah” terus terang disni ingin menyatakan, mcm mne dlm gmba, mcm tulah keadaan rumah yg sebenaryer.. Sriuslllly aku mmg x suke rumah aku berkecah, korang x caye korang tnye Firdaus Baseran mcm mne aku bebel kalau rumah nmpk bersepah.. ?
Lastttlyyyyyyyy just nk gtau, mane yg xtau, aku nih PS Ikea Shopper Malaysia (ade page, boleh search Ikea Shopper Malaysia) dh open order untuk next trip. Mane nk beli perabut nk cntikkan umah boleh whatsapp terusss tauuu 0196344963 ?. Sebenaryer nk promote brg Ikea jekkk… tp saja nk bebel panjang dluuu.. Tengsss pada yg baca sampai habissss ????
Disini dirikuhhhh melampirkan rumah kami sebelum & selepass.. Semua ruang I share yuooolsss. Jangan kecam tau.. ???

Antara ruangan lain selepas di deco

RUMAHKU1RUMAHKU2RUMAHKU3RUMAHKU4RUMAHKU5RUMAHKU6
Sumber : Iqin Razak, OhBulan!

Isnin, 23 Januari 2017

Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu Ke 31

Tiada ulasan :

Malam tadi, telah berlangsung majlis Anugerah Juara Lagu Ke 31 (AJL 31) yang diadakan dengan penuh meriah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Seperti tahun yang sebelumnya sebanyak 12 lagu terbaik sepanjang tahun 2016 telah terpilih untuk bersaing di peringkat akhir AJL 31.

Jika dilihat kepada senarai lagu yang bertanding, masing-masing sangat popular dan boleh dikatakan setiap lagu mempunyai kekuatan masing-masing. Memang tidak salah bila Dayang Nurfaizah melalui lagu Lelaki Teragung memenangi Anugerah Juara Lagu kali ini.
Sementara itu, para selebriti tidak terkecuali mengenakan pakaian atau fesyen terbaik mereka untuk hadir ke kemuncak majlis anugerah ini. Kami kongsikan beberapa keping gambar barisan selebriti yang hadir pada majlis ini. Enjoice!
Sumber - Rotikaya