GHUANGZHOU - CHINA. Seorang remaja lelaki berusia belasan tahun 
sanggup menyepak ibunya bertubi-tubi semata-mata dihalang 
bermain telefon bimbit.

Kejadian berkenaan dirakamkan dalam sebuah video klip 
berdurasi 10 saat menjadi viral sejak semalam.

Difahamkan, insiden tersebut berlaku di sebuah hospital di sini. 
Remaja lelaki ini dilihat menyepak ke arah badan ibunya 
sekurang-kurangnya lima kali dalam tempoh 10 saat.

Walaupun nenek kepada remaja itu turut berada 
di situ dan cuba menghalangnya, namun gagal. 
   
Selepas menonton rakaman video klip itu, ramai netizen
melahirkan perasaan marah dan terkejut kerana tidak 
menyangka seorang anak berusia belasan tahun 
tergamak bertindak kasar ke atas ibu kandungnya 
sedemikian rupa.

Sumber - Sinar Harian