Isnin, 5 Disember 2016

Ringgit lemah, Perodua mungkin kaji semula harga

Tiada ulasan :

Perodua sedia mengkaji semula nilai pasaran harga keretanya sekiranya ringgit terus lemah berbanding mata wang utama dunia.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Aminar Rashid Salleh berkata ini kerana transaksi pembuatan kereta itu dilakukan menggunakan dolar AS dan Yen Jepun.
"Jika ringgit terus lemah berbanding dolar AS, terdapat kemungkinan untuk mengkaji semula harga kereta kami tahun depan.
"Sebagai pengilang kereta harga patut, menyemak semula harga kereta kami adalah tugas yang sukar kerana ia melibatkan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan seperti kerajaan, pemegang saham dan vendor," Aminar dipetik sebagai berkata oleh New Straits Times.

Aminar berkata jualan Perodua merosot 4.8 peratus tahun ini ekoran kelemahan berterusan ringgit berbanding dolar AS serta kelembapan ekonomi semasa.
Malah, Aminar berkata secara keseluruhan 2016 adalah tahun yang paling sukar bagi pengeluar kereta sejak krisis kewangan Asia sekitar tahun 1997 dengan jumlah keseluruhan industri (TIV) turun 15 peratus.
Aminar juga menjangkakan tahun 2017 akan menjadi lebih sukar.
Sumber - Malaysiakini

Tiada ulasan :

Catat Ulasan