Selasa, 6 Disember 2016

Apakah SSPN-i Plus?

Tiada ulasan :
SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif.
SSPN-i Plus menggunapakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan dan bayaran sumbangan takaful adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.
Ya. Pelan simpanan ini adalah patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar bagi simpanan SSPN-i Plus iaitu kontrak wakil dan kontrak pelaburan. Manakala bagi skim takaful pula menggunakan konsep Iltizam Bil Al Tabarru. Produk ini telah mendapat pengesahan syariah oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM).
SSPN-i Plus mempunyai pelbagai keistimewaan  iaitu: 
   
i)  Patuh syariah
ii) Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga 
    RM12,000.00 setahun.
iii) Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.
iv) Manfaat bagi kematian/ keilatan kekal( kemalangan)  
     sehingga RM1,000,000.00.
v)  Tiada pemeriksaan kesihatan.
vi)  Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai  pendapatan.
vii) Khairat kematian termasuk pasangan dan maksimum 3 orang anak.
viii) Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal.
ix)   Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari.
x)    Layak memohon pinjaman PTPTN.
xi)    Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.
xii)   Simpanan dijamin kerajaan.















Klik Sini Untuk Keterangan Lanjut dan Memohon Secara Online


Tiada ulasan :

Catat Ulasan