Selasa, 8 November 2016

'Tun M kembali jejak kaki ke Parlimen'

Tiada ulasan :

KUALA LUMPUR - Setelah sekian lama meninggalkan tugas sebagai Ahli Parlimen, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dilihat kembali menjejakkan kaki ke 'tempat kerjanya dahulu'.

Mahathir yang hadir ke Parlimen kira-kira 10 pagi datang dipercayai atas ‎tujuan untuk mengadakan perbincangan tentang usaha mempertahankan Parlimen dan kuasa imuniti dalam Parlimen.

Sementara itu, dalam satu jemputan Komunikasi PKR kepada media mengatakan Mahathir akan mengadakan satu mesyuarat yang tidak dinyatakan tujuannya.

"Harap maklum bahawa Ahli-Ahli Parlimen pembangkang bersama Tun Dr Mahathir akan mengadakan satu mesyuarat pada hari ini, jam 10.30 pagi, di Bilik Taklimat (Bangunan Sementara Parlimen).

"Pihak media dijemput hadir, dan satu sidang media akan diadakan selepas mesyuarat tersebut," katanya.

Sumber - Sinar Harian

Tiada ulasan :

Catat Ulasan