Isnin, 31 Oktober 2016

Suami Ramona Zamzam Pelik Sensitiviti Orang Malaysia Dengan Anjing

Tiada ulasan :

Menyifatkan apa yang dilakukannya tidak melanggar sebarang kesalahan dari sudut agama, pelakon Ramona Zamzam enggan memadamkan gambarnya memegang anjing ketika sedang bercuti bersama suami di Eropah baru-baru ini.
“Saya sedar ada pengikut yang bergaduh sesama sendiri kerana hal itu dan menyuruh saya membuang gambar tersebut,tetapi saya tidak akan berbuat demikian. Pada saya tidak salah saya pegang anjing tersebut kerana kedua-duanya dalam keadaan kering, lagipun cuaca disana ketika itu sejuk dan kering,” jelasnya.
Selain itu, dalam kenyataannya kepada Kosmo!, Ramona menjelaskan bahawa suaminya yang juga merupakan seorang rakyat Palestin hairan dengan sensitiviti masyarakat Malaysia terhadap isu anjing.
“Suami jadi terkejut dengan sikap segelintir masyarakat kita yang seolah-olah terlalu bersikap anti dengan haiwan itu. Dia memberitahu saya, jika di luar negara termasuk negara timur tengah, haiwan tersebut dilayan seperti kucing,” jelasnya. 
Sumber - Rotikaya

Tiada ulasan :

Catat Ulasan