Selasa, 18 Oktober 2016

Henti perguna 'Islam'

Tiada ulasan :

Melaka: Penggunaan perkataan Islam bertujuan melariskan barang atau perkhidmatan perlu dihentikan bagi mengelakkan timbulnya kekeliruan sehingga mendatangkan mudarat dalam kalangan umat Islam.
Pelbagai langkah diambil Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sebelum ini termasuk memantau perbuatan tidak bermoral pihak yang memperdagangkan Islam dalam urus niaga mereka.
Mufti negeri Datuk Abdul Halim Tawil berkata, pelbagai garis panduan dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selain keputusan Muzakarah jawatankuasa Fatwa Kebangsaan agar perbuatan terbabit dapat dibendung di peringkat awal lagi.
“Secara amnya MAIM dan JAKIM tidak memberikan pengiktirafan khusus ke atas perkhidmatan atau barangan mengikut tafsiran tertentu. Cukuplah ia diiktiraf halal dan bersih digunakan.
“Pengiktirafan halal dan bersih lebih memudahkan umat Islam dalam memilih sesuatu produk atau perkhidmatan diperlukan mereka,” katanya ketika ditemui di Pusat Islam Melaka, Bukit Palah, di sini, semalam.

Sumber - Harian Metro

Click Me?

Tiada ulasan :

Catat Ulasan