Mengetahui kedai-kedai berkenaan turut mempunyai kamera litar tertutup (CCTV), mereka juga sudah bijak dalam menutup identiti mereka agar pelakuan jenayah mereka tidak dapat dikenal pasti pihak berkuasa.
Ketika ini viral di media sosial pelakukan jenayah empat penyamun yang merompak kedai serbaneka yang didakwa dilakukan di Kampung Padang Luas, Jerteh, Terengganu awal pagi tadi.
Kejadian dikatakan berlaku pada pukul 4.50 pagi oleh empat lelaki bertopeng yang meluru memasuki kedai berkenaan sambil menghayun parang panjang ke penjaga kaunter kedai berkenaan.
Video viral yang diperoleh melalui laman facebook Kelab Info Malaysia (klik di sini) berdurasi 36 saat itu menunjukkan penyamun berkenaan turut berkelakuan agresif dan hanya mengambil wang tunai dan rokok di kedai serbaneka berkenaan.