Dungun: Seorang anggota bomba kini kritikal selepas motosikal ditunggangnya merempuh babi hutan di Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), Bukit Sejuk, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 7.45 pagi itu, Fadli Abu Bakar, 39, yang baru selesai bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat AMBS, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Sura Hujung.
Kejadian berlaku apabila seekor babi hutan tiba-tiba melintas jalan menyebabkan mangsa yang menunggang Yamaha SS gagal mengelak lalu merempuh haiwan itu.
Mangsa tercampak manakala motosikalnya terbakar.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat AMBS Jaswari Awang berkata, Fadli yang mengalami kecederaan dalaman dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Menurutnya, kecederaan anggotanya itu agak parah dan dia kini berada dalam keadaan separuh sedar.
Sumber : Harian Metro
Tiada ulasan :
Catat Ulasan