Johor Bahru: Lapan orang dipercayai maut selepas terperangkap dalam kejadian kebakaran di tingkat dua, Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), pagi tadi.
Wad kecemasan di tingkat dua Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, terbakar, pagi ini.
Difahamkan, mangsa yang meninggal dunia adalah tujuh orang pesakit, seorang doktor manakala tiga kakitangan hospital cedera parah melecur akibat kejadian itu.
Kejadian dipercayai berlaku akibat lintar pintas, namun tiada laporan rasmi yang dikeluarkan pihak berkuasa.
Semua pesakit dan kakitangan diarahkan keluar dari bangunan untuk dibawa ke lokasi selamat di sekitar, pada kira-kira 9 pagi.
Difahamkan, kejadian berkenaan disedari kakitangan hospital sebelum tindakan pantas dilakukan untuk menyelamatkan pesakit ditempatkan yang di wad itu.
Sehinggga 10.20 pagi, anggota Bomba dan Penyelamat masih memadamkan kebakaran.
Sementara itu tinjauan mendapati, perkarangan hospital dipenuhi pesakit yang dipantau jururawat dan doktor hospital itu.
Keadaan dilihat terkawal.
Sumber - Harian Metro, Mynewshub
Tiada ulasan :
Catat Ulasan