Selasa, 13 Disember 2016

(Foto & Video) Kalimah Allahuakbar Bergema Dalam Istana Negara Selepas Sultan Muhammad ke-V Ditabalkan Sebagai Agong ke-15

Tiada ulasan :

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara di sini.

Antara perkara menarik berlaku di Istana Negara adalah ucapan Daulat Tuanku ditukarkan kepada Allahuakbar dan perkataan menggagungkan Allah itu boleh kedengaran di majlis istiadat tersebut.

Sultan Muhammad V, 47, dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas) pada Oktober lepas yang turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Sumber  - Siakapkeli.my









YDP Agong Sultan Muhammad V, Raja-raja dan Tuan-tuan Yang di-Pertua Negeri berangkat masuk dan bersemayam di Balairong Seri, Istana Negara





Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-244 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah YDP Agong ke-15 dan Timbalan YDP Agong bermula di Istana Negara


Tiada ulasan :

Catat Ulasan