Situasi pelik dalam satu kejadian pecah rumah di Miri, Sarawak apabila penceroboh hanya mengambil 5 biji limau tanpa mengusik atau mengambil sebarang barangan berharga di dalam rumah mangsa.
Kejadian tersebut hanya disedari pemilik rumah pada 9.45 malam apabila menyedari pintu pagar jeriji di bahagian belakang rumahnya sudah terbuka dan ada kesan diumpil. Segera melihat keadaan rumahnya untuk memastikan apa barangan berharga yang hilang, mangsa terkejut apabila semua berada dalam keadaan baik.
Bagaimanapun semasa ke dapur untuk mengambil minuman dan makanan dalam peti sejuk, dia mendapati 5 biji limau yang disimpan telah lesap.
Bagaimanapun, katanya, mangsa pelik apabila mendapati barang berharga tidak diusik penceroboh.
“Ketika mangsa mahu mengambil minuman dan makanan di peti sejuk, mangsa terkejut mendapati lima biji limau disimpan di peti sejuk lesap.
“Mangsa tidak menolak kemungkinan limau itu diambil individu yang menceroboh rumahnya, bagaimanapun dia pelik berikutan pelbagai barangan berharga tidak disentuh,” katanya.
Sumber - Harian Metro, Era.fm
Sumber - Harian Metro, Era.fm
Tiada ulasan :
Catat Ulasan