KUALA LUMPUR: UMNO tidak perlu melayan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh yang menyifatkan parti itu telah menghampakan rakyat.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata bukti sokongan rakyat dapat diterjemahkan daripada keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 dan dua pilihan raya kecil di Sungai Besar serta Kuala Kangsar yang memihak kepada UMNO dan Barisan Nasional.
“Pastikan mereka dapat buktikan hujah mereka dengan sokongan daripada majoriti rakyat di luar sana. Yang penting sekarang ialah rakyat. Kalau kita nak melayani hujah individu-individu tertentu ini maka tidak jadi kerja kita.
“Bagi saya kita dah banyak berjasa, kita telah banyak memastikan bagi kesatuan kita ini tidaklah sampai menjurus ke negara kita ini untuk huru-hara, peperangan, anak-anak tidak ke sekolah, rakyat jadi pelarian. Itu sahaja merupakan kekuatan yang ada kepada kita.
Pada Isnin Tengku Razaleigh menegaskan UMNO dan BN perlu melakukan perubahan bagi memastikan strategi politiknya mewakili suara rakyat.
Sumber - Astroawani
Tiada ulasan :
Catat Ulasan