Khamis, 20 Oktober 2016

Nyaris terpedaya baucar BR1M palsu

Tiada ulasan :


DUNGUN - Seorang wanita nyaris terpedaya dengan kiriman e-mel palsu mengatakan dia terpilih secara rawak untuk menerima baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bernilai RM1,000.

Ragu dengan kiriman bertarikh 11 Oktober tersebut, wanita dari Dungun yang mahu dikenali sebagai Wong itu kemudian menghubungi Pemuda MCA negeri, Tan Chia Wei.

Chia Wei berkata, wanita berusia 45 tahun itu menghubunginya untuk membuat pengesahan sama ada maklumat e-mel itu betul ataupun palsu.

Menurutnya, perkara itu dimaklumkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan mereka menafikan e-mel itu adalah daripada kerajaan.

"E-mel itu turut mengandungi soalan tinjauan mengenai Facebook. Wong telah menjawab satu soalan, tetapi tidak meneruskan untuk soalan seterusnya.

“Saya sudah bertemu pegawai LHDN dan mereka memaklumkan tawaran itu adalah palsu. Kita bimbang lebih ramai menerima kiriman e-mel sama dan tertipu. Kita harap mereka tidak terpedaya dan abaikan jika menerima e-mel seumpama itu yang mungkin mempunyai agenda tertentu,” katanya.

SUMBER - SINAR HARIAN

Tiada ulasan :

Catat Ulasan