Timbalan Menteri Pembangunan Wa­ni­­ta, Keluarga dan Ma­­syarakat, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, antara perkara lain yang turut dibin­cangkan menerusi ja­watankuasa khas di­pengerusikan oleh Men­teri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said itu termasuklah menjadikan ‘godaan’ terhadap kanak-kanak sebagai kesalahan.

“Mungkin kembiri (kimia) me­rupakan salah satu daripada hukuman, saya tidak tahu. Tetapi sekiranya boleh disokong oleh Parlimen, sudah tentu satu perse­tujuan yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Shamsul Iskandar Mat Akin (PKR-Bukit Katil) sama ada Malaysia akan mencontohi ketegasan Indonesia yang mengumumkan hukuman kembiri kimia terhadap pesalah seksual pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Parlimen hari ini.

Sementara itu, Azizah mengakui pihak kementerian tidak mempunyai jumlah kanak-kanak  di negara ini yang menjadi mangsa pedofilia oleh seorang individu dari United Kingdom (UK) bernama Richard Huckle.

Katanya, walaupun kemen­terian telah bekerjasama dan berhubung dengan pihak berkuasa UK serta Polis Diraja Malaysia (PDRM), tetapi sehingga kini tidak menerima sebarang maklumat mengenai mangsa terlibat dan juga siapa mereka.

“Walaupun ada gambar perlakuan jijik individu berkenaan, tetapi wajah mangsa tidak dinampakkan. Bagaimanapun, ka­mi tidak berputus asa, dengan bantuan pertubuhan bukan kerajaan dan komuniti setempat, pelbagai program telah diadakan di lokasi dipercayai berisiko tinggi.

“Kementerian juga adakan program bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk melatih kanak-kanak serta ibu bapa me­ngenai pasti perkara yang boleh menjurus kepada perbuatan men­­jijikkan, sekali gus menge­lak­­kannya,” jelas beliau.

Sumber - UTUSAN ONLINE